KOTA KINABALU, SABAH – Sabah melihat penurunan sebanyak 152 kes dengan mencatat 3,224 KES baharu positif COVID-19 hari ini (25 Ogos) daripada jumlah 3,376 kes yang dilaporkan kelmarin yang mana juga adalah tertinggi bagi negeri Sabah setakat ini.
Sabah juga menjadi negeri kedua tertinggi di Malaysia selepas Selangor yang mencatatkan 6,325 kes baharu positif COVID-19 hari ini (25 Ogos).

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata 2,022 kes dari jumlah 3,324 hari ini merupakan keputusan saringan daftar lewat antara dua (2) hingga lima (5) hari.
“Daerah Kota Kinabalu kekal penyumbang kes yang paling tinggi di Sabah diikuti Penampang, Tuaran dan Papar…
“Sejumlah 2,098 kes atau 65 peratus dari kumulatif adalah saringan kontak rapat.
“Seramai 2917 (90.5 peratus) pesakit adalah dalam Kategori 1 (908) dan Kategori 2 (2009), 15 orang dalam Kategori 3, manakala lima (5) orang dalam Kategori 4 dan 21 orang dalam Kategori 5.
“Sebanyak 266 kes masih dalam siasatan lanjut,” kata beliau dalam rumusan harian kes.
Setakat semalam (Selasa), 53.9 peratus penduduk dewasa Sabah telah memperolehi satu dos dan 32.5 peratus telah melengkapkan pengambilan kedua-dua dos mereka.
Seluru negara mencatatkan 22,642 kes COVID-19 baharu yang dikesan hari ini.
Berikut adalah pecahan kes baharu positif COVID-19 hari ini (25 Ogos) mengikut daerah di Sabah dibandingkan dengan jumlah kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 630 (741)
Penampang – 413 (335)
Tuaran – 348 (438)
Papar – 319 ( 257)
Sandakan – 245 (209)
Tawau – 189 (179)
Kota Belud – 128 (77)
Keningau – 120 (126)
Lahad Datu – 102 (132)
Putatan – 94 ( 134)
Kota Marudu – 88 (58)
Sipitang – 82 ( 146)
Ranau – 58 (42)
Beaufort – 55 (122)
Tongod – 54 (54)
Kinabatangan – 53 (107)
Pitas – 52 (16)
Beluran – 40 (23)
Telupid – 25 (55)
Kudat – 25 (21)
Nabawan – 24 (24)
Kalabakan – 22 (7)
Tenom – 17 (23)
Kuala Penyu – 13 (7)
Kunak – 11 (25)
Semporna – 9 (6)
Tambunan – 8 (12)





