Satu Jawatankuasa Akan Dibentuk Bagi Jalankan Program Putatan Bersih Tahun 2022

Satu Jawatankuasa Akan Dibentuk Bagi Jalankan Program Putatan Bersih Tahun 2022

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Satu Jawatankuasa akan dibentuk di peringkat daerah Putatan bagi menjalankan Program Putatan Bersih tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N24 Tanjung Keramat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata ini bagi memastikan tahap kebersihan di daerah tersebut dapat dipertingkatkan.

“Kita harap dengan adanya Program Putatan Bersih sepanjang tahun 2022 nanti, maka tahap kebersihan di Putatan akan dapat kita tingkatkan…

“Ianya juga agar kita dapat membudayakan kebersihan yang tinggi dalam kehidupan seharian kita di Putatan mahupun di Negeri Sabah ini,” jelasnya.

Shahelmey berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Daerah Putatan di Dewan Sri Putatan, Putatan, kelmarin.

Shahelmey yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah tersebut turut mengingatkan orang ramai agar menjaga kebersihan diri dan kawasan mereka bagi mengelak daripada jangkitan sebarang penyakit.

“Tanam tekad untuk meningkatkan penjagaan kebersihan dalam diri, masyarakat, daerah dan negeri agar kita dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera dan mengelakkan jangkitan penyakit yang tidak diingini,” katanya.