Pengundi Sabah Perlu Beri Sokongan Penuh Kepada GRS

Pengundi Sabah Perlu Beri Sokongan Penuh Kepada GRS

0
SHARE
Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin...

KOTA KINABALU: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin berkata menyeru agar pengundi di Sabah untuk memberi sokongan penuh kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Beliau berkata, GRS merupakan pakatan parti tempatan dan LDP akan membantu berkempen untuk calon GRS, lapor Utusan Borneo.

“Tidak kira sama ada LDP akan bertanding pada PRU ke-15 tetapi akan memastikan kemenangan besar bagi gabungan itu…

“Mengambil contoh Gabungan Parti Sarawak (GPS), Sabah dan Sarawak boleh membentuk satu blok pakatan politik Malaysia Timur yang kuat dan mampu mengubah landskap politik negara,” katanya selepas mengadakan Mesyuarat Pemimpin LDP Bahagian Tawau baru-baru ini.

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Presiden LDP Datuk Yong Wui Chung, Setiausaha Agung Datuk Chin Shu Ying, Naib Presiden David Ong, Robert Chong dan Sim Fui, Ketua Pegawai Penerangan Simon Chin, Ketua Pergerakan Wanita Pusat Glenna Wong dan Ketua Pergerakan Pemuda Pusat Jimmy Lai.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Speaker LDP Datuk Mok Kiong, Ahli Veteran Wong Siong Kong, Naib Presiden merangkap Pengerusi LDP Balung Wong Min Kong, Ahli Majlis Tertinggi merangkap Pengerusi LDP Merotai Max Voo dan Pengerusi LDP Tungku Kapitan Yong Khim Vun.

Sebelum mesyuarat diadakan, ahli-ahli LPD juga terlibat dalam program gotong-royong anjuran Pergerakan Wanita dan Pemuda Pusat LDP bersama tiga Bahagian LDP Tawau di Hot Spring Old Folks Home, perkhidmatan gunting rambut juga dijemput untuk memberikan khidmat kepada warga emas.

Dalam pada itu, Chin dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi juga telah mengadakan sesi dialog bersama Khim Vun serta para jawatankuasanya pada majlis berasingan.