KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan satu tangkap layar berita yang tular di media sosial memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan cuti umum pada Rabu ini susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Anugerah Akademi (Oscar).
Memetik sumber Bernama, JPM menerusi hantaran di laman sosial media Facebook rasmi memaklumkan, maklumat yang disampaikan menerusi tangkap layar berita bertajuk “PM Anwar declares public holiday on Wednesday: This is the pride of a nation!” terbabit merupakan palsu.
“Orang ramai diminta tidak menyebarkan atau berkongsi maklumat yang tidak pasti atau palsu.
“Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut hantaran terbabit.






