BARISAN NASIONAL DAN PERIKATAN NASIONAL DI SEMENANJUNG JANGAN GANGGU KAMI DI SABAH...

BARISAN NASIONAL DAN PERIKATAN NASIONAL DI SEMENANJUNG JANGAN GANGGU KAMI DI SABAH – HAJIJI

0
SHARE
Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menyeru agar kegusaran politik yang berlaku di Semenanjung tidak menggangu “kita” di Sabah.

Beliau mengingatkan bahawa jalinan kerjasama kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) ditandatangani pada 8 Jan tahun lalu.

Katanya kerajaan gabungan hari ini masih dalam pegangan TIGA (3) tahun lagi untuk memerintah.

Menurutnya, keadaan politik di Sabah agak unik dan berbeza berbanding di peringkat Persekutuan.

“SAYA TELAH NYATAKAN KEPADA PIMPINAN DI PERINGKAT PERSEKUTUAN SAMA ADA BN ATAU PERIKATAN NASIONAL (PN), JANGAN GANGGU KITA DI SABAH…

“Buat apa kita gaduh-gaduh. Kita mahu stabil supaya dapat merancang dan melaksanakan pogram di bawah inisiatif SMJ dan dia orang (BN) faham,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Konvokesyen ke-25 Yayasan Sabah College of Technology di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada Khamis.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bergambar bersama graduan dalam Majlis Konvokesyen Kali ke-25, Yayasan Sabah College of Technology (YSCT) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)…(Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah)

Apabila ditanya pendapat bahawa Sarawak berkemungkinan menghantar seorang wakil sebagai Timbalan Perdana Menteri, Hajiji berkata ia sesuatu yang bagus.

“Mungkin kita boleh cadang Ahli Parlimen Sabah nanti. Macam siurang (kami) yang tidak bertanding ini jadi ADUN saja la, tiada chance (peluang),” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata GRS sudah mempunyai senarai nama utama calon yang “boleh menang”.