Warga Emas Hilang Di Kebun

Warga Emas Hilang Di Kebun

0
SHARE
Pos kawalan Bomba yang didirikan di Kampung Mangkaluah bagi mencari mangsa...

KOTA MARUDU, SABAH – Operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pihak Bomba bagi seorang warga emas setelah beliau belum pulang ke rumah di Kg Mangkaluah sini sejak kelmarin.

Pusat Gerakan Operasi Bomba berkata, mangsa lelaki berusia 80 tahun itu dikhuatiri hilang di kebun miliknya.

“Menurut maklumat awal dari orang kampung, mangsa belum pulang sejak keluar pada 4.30 petang Rabu…

“Pasukan Bomba bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan 10 pagi hari ini,” katanya dalam kenyataan.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” tambahnya.