PETALING JAYA – Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi mengumumkan telah keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kurang dari setahun selepas menyertai parti tersebut.
Bekas ahli Parti Warisan itu berkata beliau memilih untuk menjadi ahli parlimen bebas yang menyokong kerajaan persekutuan dan negeri Sabah yang ada sekarang.
Ahli Dewan Undangan Negeri Segama itu telah meninggalkan Warisan Oktober lalu dan menyertai Bersatu pada 26 Nov.
Dalam satu sidang media hari ini, Mohamaddin berkata beliau keluar Bersatu kerana tidak mendapat jawatan yang dijanjikan sebelum ini iaitu untuk memimpin parti di kawasan Lahad Datu dan Segama.
Beliau mendakwa beliau dan penyokongnya telah diketepikan oleh jentera parti di kawasan tersebut dengan Bersatu melakukan aktiviti tanpa pengetahuannya.
“Sejak awal lagi, penyokong saya berminat untuk menyertai Bersatu melalui bahagian ini tetapi mereka ditolak,” katanya…
Mohamaddin menyindir Ketua Bersatu Lahad Datu, Abdul Hakim Gulam Hassan, dengan mengucapkan “tahniah” kerana “berlagak seolah-olah beliau Ahli Parlimen Lahad Datu dan ADUN Segama”.





