Angka Jangkitan Menurun, 10 Kes Baharu COVID-19 Di Tenom

Angka Jangkitan Menurun, 10 Kes Baharu COVID-19 Di Tenom

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan baharu terus menurun hari ini kepada 225 kes iaitu kurang 37 kes berbanding jumlah semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata penurunan angka jangkitan banyak dipengaruhi oleh jumlah sampel ujian yang rendah serta kadar positiviti yang menurun.

“Hari ini jumlah sampel ujian ialah 2,130 dengan kadar positiviti 10.66 peratus berbanding 2,443 semalam dengan kadar positiviti 11.71 peratus…

“Lapan daerah mencatat jangkitan baharu dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 84 kes (-19).

“Sandakan merekodkan 26 kes (+9), Putatan 22 kes (+10), Penampang 18 kes (-6), Papar 15 kes (-9), Tuaran 15 kes (-3) dan Tawau 12 kes (-7).

“Tenom yang tidak merekodkan sebarang kes kelmarin mencatat 10 jangkitan baharu…

“Sebanyak 11 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu,” katanya dalam rumusan harian kes.

Dalam pada itu, terdapat tiga (3) kes dalam Kategori 3 dan satu (1) kes dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kelmarin.

Kota Kinabalu 84 (103)
Sandakan 26 (17)
Putatan 22 (12)
Penampang 18 (24)
Papar 15 (24)
Tuaran 15 (18)
Tawau 12 (19)
Tenom 10 (0)
Kota Belud 7 (7)
Pitas 4 (0)
Keningau 3 (2)
Kota Marudu 3 (4)
Kinabatangan 2 (6)
Kudat 2 (5)
Lahad Datu 1 (2)
Sipitang 1 (1)
Beaufort 0 (7)
Beluran 0 (1)
Kalabakan 0 (1)
Kuala Penyu 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (2)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (3)
Tambunan 0 (2)
Telupid 0 (2)
Tongod 0 (0)