TAMPARULI, SABAH – Seorang wanita, 72, melecur pada tangan dan kaki beliau ketika cuba melarikan diri dari sebuah stor penyimpanan minyak petrol yang terbakar di Jalan Topon Wangkod, Kionsom, sini.
Kejadian 3.30 petang tadi melibatkan struktur jenis separuh kekal berukuran 5X10 yang terbakar 10 peratus.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata api berjaya dipadam oleh pemilik stor sebelum ketibaan jentera.
“Terdapat seorang mangsa perempuan terlibat melecur di bahagian tangan dan kaki telah diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS…





