Hanya Berlaku Sedikit Penurunan Kes COVID-19 Sabah Hari Ini

Hanya Berlaku Sedikit Penurunan Kes COVID-19 Sabah Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah turun satu (1) kes COVID-19 hari ini berbanding jumlah 199 kes semalam.

Jurucakap Perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan penurunan 15 kes berbanding jumlah semalam.

“Tetapi ia kekal sebagai daerah yang merekodkan bilangan kes baharu tertinggi di Sabah dengan 45 kes…

“Ranau yang hanya merekodkan empat (4) kes kelmarin melonjak semula dengan 22 kes baharu.

“Papar juga menambah 13 kes kepada 21 kes berbanding jumlah sebelumnya,” katanya.

Dalam pada itu terdapat enam (6) daerah merekodkan sifar (0) kes sementara 15 lagi daerah mencatat kes baharu pada satu angka sahaja.

Katanya, seramai 195 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2 manakala tiada pesakit dalam Kategori 3 dan 5.

Hanya seorang pesakit dalam Kategori 4 dan dua (2) kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (09 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 45 (60)
Tuaran – 23 (19)
Ranau – 22 (4)
Papar – 21 (8)
Kota Belud – 17 (15)
Penampang – 15 (11)
Keningau – 9 (15)
Sipitang – 7 (5)
Tenom – 7 (8)
Beaufort – 6 (9)
Tambunan – 5 (3)
Kuala Penyu – 5 (4)
Sandakan – 4 (5)
Beluran – 2 (5)
Lahad Datu – 2 (3)
Pitas – 2 (0)
Putatan – 2 (3)
Kinabatangan – 1 (1)
Kota Marudu – 1 (4)
Tawau – 1 (5)
Kudat – 1 (1)
Semporna – 0 (0)
Telupid – 0 (0)
Kunak – 0 (2)
Nabawan – 0 (6)
Tongod – 0 (3)
Kalabakan – 0 (0)