Tidak Banyak Perubahan, Hanya Naik 4 Kes Baharu COVID-19 Sabah

Tidak Banyak Perubahan, Hanya Naik 4 Kes Baharu COVID-19 Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu ialah 214 iaitu pertambahan sebanyak 4 kes.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata angka jangkitan baharu diperolehi daripada 2,906 sampel ujian dengan kadar positiviti 9.64 peratus.

“Kadar positiviti yang lebih rendah berbanding 11.18 peratus kelmarin menyumbang kepada pertambahan kes baharu yang marginal (+4) walaupun jumlah sampel ujian hampir satu ribu lebih banyak daripada sebelumnya…

“Secara keseluruhan tidak banyak perubahan berbanding kedudukan semalam,” katanya dalam rumusan harian kes.

Sebanyak 4 daerah mencatat jangkitan dua angka, Kota Kinabalu 64 kes (-7), Tawau 32 kes (+11), Tuaran 22 kes (+9) dan Penampang 11 kes (-8).

Lima daerah tidak mencatat sebarang jangkitan baharu sepanjang 24 jam yang lalu.

Terdapat masing-masing dua (2) kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4 serta satu (1) kes dalam Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (23 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 64 (71)
Tawau 32 (21)
Tuaran 22 (13)
Penampang 11 (19)
Lahad Datu 9 (3)
Putatan 9 (15)
Sandakan 8 (15)
Keningau 7 (4)
Kota Belud 7 (8)
Ranau 7 (3)
Kuala Penyu 6 (2)
Beaufort 5 (6)
Nabawan 5 (1)
Sipitang 5 (0)
Kunak 4 (1)
Papar 3 (4)
Tenom 3 (5)
Kota Marudu 2 (6)
Telupid 2 (0)
Beluran 1 (2)
Kudat 1 (3)
Tambunan 1 (4)
Kalabakan 0 (1)
Kinabatangan 0 (2)
Pitas 0 (1)
Semporna 0 (0)
Tongod 0 (0)