ANKARA, TURKIĀ – DUA (2) orang wanita dilantik oleh Kerajaan Arab Saudi untuk memegang jawatan kanan dalam pengurusan pentadbiran dua masjid suci, demikian menurut kenyataan Agensi Anadolu yang dipetik sumber media tempatan.
Memetik portal berita Arab News, kedua-dua wanita tersebut iaituAl-Anoud Al-Aboud dan Fatima Al-Rashoud memiliki ijazah kedoktoran yang mana mereka berkelayakan untuk dilantik sebagai pembantu kepada Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais.
Turut dilantik menjawat pegawai kanan, Kamelia Al-Daadi sebagai penolong setiausaha di jabatan pentadbiran dan perkhidmatan wanita.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Arab Saudi mengamalkan dasar untuk memperkasakan wanita dan membolehkan golongan itu memegang jawatan kanan di institusi kerajaan.
Tenaga kerja wanita di negara yang kaya dengan minyak itu menyaksikan peningkatan ketara, mencecah sekitar 33 peratus pada 2020, berbanding 20 peratus (20%) pada 2018, menurut Brookings Institution.