GRS-BN (UMNO) BERSETUJU UNTUK BEKERJASAMA DI SABAH 

GRS-BN (UMNO) BERSETUJU UNTUK BEKERJASAMA DI SABAH 

0
SHARE

TAWAU, SABAH – UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada dasarnya bersetuju untuk bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum yang akan datang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Ketua Bersatu Sabah itu berkata beliau telah berbincang dengan UMNO Sabah mengenai perkara berkenaan dan disambut dengan respon positif.

“Kita semua dalam (GRS dan BN) bersetuju pada dasarnya kita mesti bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum akan datang…

“Sekarang kita hanya perlu berbincang mengenai pembahagian kerusi,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama kepimpinan Bersatu Tawau dan Kalabakan di Hotel Emas di sini.

Beliau yakin GRS-BN akan terus mengutamakan kesejahteraan dan pembangunan rakyat dan negeri.

Hajiji juga menasihati ahli parti supaya bersikap realistik kerana Sabah hanya mempunyai 25 kerusi dan yang perlu diagihkan sama rata.

Terdahulu, beliau menerima 1,150 permohonan keahlian daripada bekas ahli parti pembangkang termasuk 1,000 daripada Parti Warisan Malaysia.

“Mereka telah membuat keputusan yang tepat kerana Bersatu Sabah adalah parti yang berjuang untuk semua rakyat di Sabah,” katanya.

Turut hadir, Ketua Bersatu Tawau Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Kalabakan, Karim Wahid dan beberapa ahli jawatankuasa Srikandi dan Armada.