Polis Penampang Tumpaskan Sindiket Syabu

Polis Penampang Tumpaskan Sindiket Syabu

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Tiga lelaki berdepan tali gantung jika disabit bersalah mengedar 3.57 kilogram syabu bernilai RM130,000 di sini.

Kejayaan tangkapan merupakan hasil kerjasama antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Polis Daerah Penampang pada Rabu lalu (26 Okt).

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim, suspek pertama, 22, ditahan dalam sebuah serbuan jam 1.30 pagi di Beverly Hills Apartment sini.

“Pasukan serbuan berjaya merampas satu kotak berisi dadah tersebut di dalam sebuah bilik…

“Susulan tangkapan, pada hari yang sama lebih kurang jam 7 malam, dua lagi suspek, 21 dan 27, ditahan ketika sedang menaiki sebuah kenderaan di Bundusan.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini dipercayai mula aktif lebih kurang dua bulan yang lalu dan mengedar untuk kawasan Kota Kinabalu, Penampang dan Tawau,” katanya.

Tambahnya, jumlah dadah yang dirampas mampu membekalkan 18 ribu penagih mankala ujian air kencing ke atas ketiga-tiga suspek didapti negatif.

Kesemua suspek juga tidak memiliki rekod jenayah lampau.

“Turut dirampas empat buah kenderaan, Perodua Alza, Proton X50, Persona dan Toyota Land Cruiser, wang tunai berjumlah RM119,600 dan rantai leher emas bernilai RM21 ribu.

“Anggaran jumlah besar rampasan adalah RM480,700,” katanya.

Suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga Selasa depan (8 Nov) dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.