KOTA KINABALU, SABAH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Negeri Sabah akan melancarkan lima Bilik Gerakan bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Bilik Gerakan tersebut akan beroperasi di setiap cawangan SPRM di Sabah mulai 5 hingga 20 November 2022 bagi menerima sebarang maklumat dan juga aduan berkaitan kesalahan-kesalahan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh berkempen dan pilihanraya.
Kesemua bilik gerakan tersebut akan beroperasi selama 24 jam melibatkan seramai 106 pegawai SPRM Sabah sepanjang tempoh PRU-15 dan orang awam boleh menghubungi bilik gerakan tersebut menerusi talian seperti berikut:
1. Pejabat SPRM Kota Kinabalu 088-488381 / 382
011-36516775
2. Pejabat SPRM Cawangan Sandakan 089-668746 / 668496
3. Pejabat SPRM Cawangan Tawau
089-772743 / 7523005
4. Pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu 089-868769
5.Pejabat SPRM Cawangan Keningau 087-336761 / 336762.