KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu melepasi paras angka 200 hari ini dengan 248 kes, peningkatan 49 kes berbanding jumlah semalam.
Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata peningkatan mendadak ini terbit daripada kadar positiviti yang naik kepada 11.78 peratus daripada 9.23 peratus kelmarin.
“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 92 kes baharu iaitu pertambahan 48 kes…
“Selain Kota Kinabalu, 9 lagi daerah turut merekodkan jangkitan dua angka ialah Sandakan 17 kes (+8), Lahad Datu 16 kes (-6), Tuaran 16 kes (-8), Keningau 15 kes (+6), Tawau 15 kes (+4), Papar 13 kes (+1), Putatan 11 kes (+3), Kota Marudu 10 kes (+9)dan Penampang 10 kes (+5),” katanya.
Enam (6) daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu.
Dalam pada itu, empat (4) kes hari ini dalam Kategori 4, serta masing-masing satu (1) kes dalam Kategori 3 dan Kategori 5.
Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin.
Kota Kinabalu 92 (44)
Sandakan 17 (9)
Lahad Datu 16 (22)
Tuaran 16 (24)
Keningau 15 (9)
Tawau 15 (11)
Papar 13 (12)
Putatan 11 (8)
Kota Marudu 10 (1)
Penampang 10 (5)
Kota Belud 8 (5)
Beluran 4 (2)
Semporna 4 (3)
Kalabakan 3 (0)
Kudat 3 (4)
Sipitang 3 (1)
Kinabatangan 2 (2)
Kuala Penyu 2 (1)
Tambunan 2 (15)
Nabawan 1 (2)
Telupid 1 (0)
Beaufort 0 (12)
Kunak 0 (2)
Pitas 0 (2)
Ranau 0 (1)
Tenom 0 (2)
Tongod 0 (0)