JENTERA WARISAN DIKECAM PUTAR BELIT FAKTA KONONNYA LEBIH BAIK DARI KERAJAAN GRS...

JENTERA WARISAN DIKECAM PUTAR BELIT FAKTA KONONNYA LEBIH BAIK DARI KERAJAAN GRS SALUR BANTUAN SEMASA PKP

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) mengecam jentera Parti Warisan kerana cuba memutar belit fakta dan menipu rakyat Sabah kononnya mereka lebih baik berbanding Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat Sabah semasa PKP 1.0.

Foto putar belit oleh jentera Parti Warisan bertujuan mengubah fakta KEGAGALAN Shafie dan Parti Warisan membantu rakyat Sabah menghadapi PKP 1.0…

BEBAS dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Sabahnews.com.my berkata, foto yang ditularkan oleh jentera Parti Warisan sejak beberapa hari yang lalu di media sosial kononnya mereka lebih baik berbanding kerajaan hari ini di dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat di Sabah semasa PKP 1.0 adalah jelas satu perbuatan mengarut dan cubaan memperbodohkan rakyat Sabah.

Cybertropper Parti Warisan ditugaskan menghebahkan foto perbandingan Parti Warisan dan Kerajaan GRS membantu rakyat Sabah…

“BEBAS ingin menyatakan pelaksanaan PKP 1.0 amat jauh berbeza berbanding dengan PKP 2.0 dan PKP 3.0…

“PKP 1.0 tidak ada pergerakan ekonomi yang dibenarkan, sebaliknya PKP 2.0 dan 3.0 sebahagian rakyat Sabah dibenarkan untuk bekerja dan berniaga.”

Mengimbau kembali semasa Warisan masih lagi mentadbir Kerajaan Negeri Sabah, pelaksanaan PKP 1.0 telah dikuatkuasakan di mana pada masa itu tidak ada satu pun aktiviti ekonomi dibenarkan melainkan kedai yang menjual barangan makanan mentah dan basah sahaja.

Akibatnya ramai rakyat Sabah telah terputus bekalan makanan terutamanya nelayan, petani, peniaga, sektor pelancongan, buruh termasuklah mereka yang bergaji hari.

Malangnya selepas seminggu PKP 1.0 dikuatkuasakan barulah Shafie muncul yang mana kemudiannya telah mengumumkan bantuan COVID-19 berjumlah RM650 juta.

BEBAS berkata lagi, “salah satu fakta yang jelas menunjukkan kegagalan serta kebodohan Shafie dan Kerajaan Warisan pada masa lalu adalah dengan memperuntukkan dana berjumlah RM200 juta untuk membiayai pembangunan Infrastruktur membuat jalan, jambatan dan pembangunan lainnya sedangkan pada ketika itu ramai rakyat Sabah yang telah terputus bekalan makanan”.

“Shafie umumkan pula rakyat Sabah tidak perlu keluar rumah sebaliknya makanan akan dihantar terus ke rumah-rumah mereka, malangnya kenyataan Shafie jelas satu PEMBOHONGAN. Rakyat Sabah sesekali tidak akan lupa bahawa tidak ada satu makanan pun dihantar ke rumah mereka…

Shafie pada 25 Mac memberikan jaminan rakyat tidak perlu keluar rumah, sebaliknya barang akan dihantar terus ke hadapan pintu rumah walaubagaimanapun perkara ini dinafikan oleh sebilangan besar rakyat Sabah…(Foto kenyataan Shafie dipetik di portal media tempatan)
Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…
Namun, selepas itu Shafie memohon maaf kerana GAGAL menyalurkan bantuan COVID-19 kepada rakyat Sabah…(Foto ihsan portal media tempatan)

“Bila rakyat bangkit marah, barulah Kerajaan Warisan mengumumkan bantuan bakul makanan berjumlah RM100, tetapi malangnya kebanyakkan penerima bakul makanan tersebut telah dimonopoli oleh ahli-ahli Warisan sendiri terlebih dahulu dan kemudiannya barulah orang lain mendapat manfaat bantuan itu.”

Bakul makanan yang diumumkan berjumlah RM100 juga kurang dari harga sebenar malahan dengan kualiti yang sangat rendah.

Rakyat Sabah turut mempertikaikan harga barang makanan yang diumumkan sepatutnya bernilai RM100 jelas telah dikurangkan dan hanya bernilai kurang dari RM50…

Bantuan tunai RM500 untuk rakyat miskin tegar, RM300 untuk golongan B40 termasuk yang berada di Semenanjung Malaysia juga hanya retorik di mana hanya sebahagian kecil sahaja rakyat yang menerimanya.

Wartawan Malaysia Insight sendiri telah menemu bual rakyat Sabah yang mengakui tidak menerima wang RM300 dan bakul makanan yang dijanjikan oleh Shafie. Artikel ini turut ditularkan di media sosial…

Mujurlah pada tahun 2020 Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan bantuan sebanyak RM1,600 kepada seluruh rakyat di Sabah, RM800 kepada belia, RM3,000 kepada mereka yang mempunyai lesen berniaga serta penangguhan hutang bank selama 6 bulan.

UMNO Sabah, BERSATU, Parti STAR, PBS termasuklah NGO-NGO lain dan BEBAS juga tampil membantu menghantar bantuan bakul makanan.

“Apa yang membuku dalam hati rakyat dan menyebabkan kemarahan sehingga kini apabila Shafie menyatakan rakyat Sabah perlu berhenti meminta-minta bantuan dari Kerajaan Negeri Sabah walaupun pada masa itu, pelaksanaan PKP 1.0 telah dikuatkuasakan serta menjejaskan pendapatan rakyat Sabah.

Shafie dalam satu kenyataan memaklumkan beliau tidak mahu budaya rakyat yang terlalu bergantung bantuan kerajaan…(Foto ihsan portal berita tempatan)

“Selepas melihat kegagalan Shafie, kami telah melancarkan petisyen mendesak Shafie meletak jawatan dan belasan ribu orang telah menandatangani petisyen itu…

Petisyen mendesak Shafie Apdal meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah yang dibuat oleh NGO BEBAS menghampiri 15,000 orang rakyat Sabah…

“Kami tidak bercadang menekan butang berjaya kerana petisyen ini akan menjadi bukti kegagalan Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah termasuklah Parti Warisan, UPKO, PKR dan DAP di Sabah,” ujar Bebas lagi.

Untuk rekod Kerajaan Persekutuan turut mengumumkan bantuan tambahan sebanyak sebanyak 40 billion ringgit melalui PEMERKASA+ (Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan) untuk membantu melonjakkan ekonomi melalui 12 inisiatif dengan TIGA (3) matlamat utama bagi meningkatkan ekonomi negara dan membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei 2021 mengumumkan bantuan tambahan sebanyak sebanyak 40 billion ringgit melalui PEMERKASA+ (Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan)…

Walaupun rezab kewangan negeri Sabah telah berkurangan termasuklah hasil pendapatan negeri sejak Parti Warisan mentadbir negeri Sabah, namun Kerajaan negeri di bawah pimpinan GRS dijangka akan membuat pengumuman penting pada hari ini (Khamis) berkaitan bantuan COVID-19 kepada rakyat Sabah.