Anak Jati Perak Dinobatkan Sebagai Miss World Malaysia 2023

Anak Jati Perak Dinobatkan Sebagai Miss World Malaysia 2023

0
SHARE
Saroop
Saroop Roshi, 25, telah dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2023 ( Sumber Foto: Laman media sosial Facebook ADUN Luyang )

KOTA KINABALU, SABAH – Pelajar psikologi, Saroop Roshi, 25, telah dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2023, semalam

Memetik sumber Kosmo Online, kemenangan anak jati Perak itu sekaligus mengganti Wenanita Angang yang memegang gelaran sama tahun lalu.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pusingan akhir pertandingan ratu cantik berkenaan menyaksikan Saroop turut membawa beberapa hadiah iringan termasuklah wang tunai berjumlah RM15,000 dan barangan kemas.

Sementara itu, naib johan Miss World Malaysia 2023 diberikan kepada peserta berasal dari Pulang Pinang iaitu Natalie Ang manakala pemenang tempat ketiga dimiliki oleh Shu Wen Chai yang juga finalis kelahiran Sabah.

Acara pemahkotaan disempurnakan oleh Miss World Malaysia 2022, Wenanita Angang.