MASwings Tawarkan Kempen Promosi ‘Jom Balik Undi’ Bagi Pengundi Pada PRU15

MASwings Tawarkan Kempen Promosi ‘Jom Balik Undi’ Bagi Pengundi Pada PRU15

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – MASwings menawarkan kempen promosi “Jom Balik Undi” daripada RM135 untuk tambang sehala yang dibuka untuk tempahan mulai hari ini hingga 30 November 2022, dan sesuai untuk perjalanan sehingga 31 Disember 2022.

MASwings berkata, kempen tersebut itu selaras dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Malaysia yang dijadualkan pada 19 November 2022, 

MASwings juga akan melancarkan penerbangan tambahan untuk menampung lonjakan permintaan yang dijangkakan untuk beberapa laluan dalam Sabah, Sarawak dan Labuan FT, menurut satu kenyataan hari ini.

Ia akan melibatkan peningkatan daripada 21x mingguan kepada 28x penerbangan mingguan untuk Miri – Labuan, Miri – Sibu, Kota Kinabalu – Lahad Datu dan Kota Kinabalu – Labuan dari 18 hingga 21 Nov 2022.

Bagi Kuching – Limbang, operasi semasa MASwings pada hari Isnin, Khamis dan Sabtu akan dinaikkan kepada 2 kali penerbangan setiap hari pada 18 dan 20 Nov.

Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata, sebagai Nadi Borneo, MASwings komited untuk menyediakan pengangkutan udara yang selamat dan boleh dipercayai untuk menyokong dan menampung pergerakan PRU15 akan datang.

“Kita menyeru pengundi tempatan untuk pulang ke kampung halaman bagi membolehkan mereka menunaikan hak mereka sebagai warganegara Malaysia…

“Kita menggalakkan semua pengundi dan pelanggan membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan dan terlepas tawaran di MASwings,” katanya.

“Untuk maklumat perjalanan lanjut, pelanggan dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi kami di: www.maswings.com.my / www.malaysiaairlines.com.