GRS Yakin Tidak Terjejas Undang-Undang Anti Lompat

GRS Yakin Tidak Terjejas Undang-Undang Anti Lompat

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk empat orang Ahli Parlimen yang keluar dari Bersatu pada Jumaat menyedari sepenuhnya akan Undang-undang anti lompat.

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata undang-undang tersebut yang mula berkuat kuasa pada 5 Oktober tahun ini disedari kesemua ahli GRS sebelum bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU-15) baru-baru ini.

“Keempat-empat Ahli Parlimen ini akan memaklumkan Speaker Dewan Rakyat jika perlu tentang kedudukan mereka dan akan mengeluarkan kenyataan yang sewajarnya. 

“Kami yakin bahawa mereka tidak akan terjejas oleh undang-undang anti lompat berkenaan,” kata Masidi dalam satu kenyataan ringkas hari ini.