KOTA KINABALU, SABAH – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk empat orang Ahli Parlimen yang keluar dari Bersatu pada Jumaat menyedari sepenuhnya akan Undang-undang anti lompat.
Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata undang-undang tersebut yang mula berkuat kuasa pada 5 Oktober tahun ini disedari kesemua ahli GRS sebelum bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU-15) baru-baru ini.
“Keempat-empat Ahli Parlimen ini akan memaklumkan Speaker Dewan Rakyat jika perlu tentang kedudukan mereka dan akan mengeluarkan kenyataan yang sewajarnya.





