AZERBAJIAN – Dua pekerja binaan maut apabila ribut debu dahsyat membadai bangunan tinggi di Urmia, wilayah Azerbaijan Barat.
Satu video menunjukkan kedua-dua mangsa lelaki terjatuh dari sebuah platform tergantung pada bumbung bangunan tinggi apabila tragedi itu berlaku pada Rabu.
Rakaman telefon itu menunjukkan ‘platform’ berkenaan berayun liar dalam ribut sambil mangsa itu berpaut pada struktur rapuh itu yang mula jatuh apabila ia menghempas berulang kali ke dinding bangunan.
Akhirnya, seorang lelaki tergelincir dan jatuh ke tanah. Beberapa saat kemudian, rakan sekerjanya jatuh melalui pagar dan berjaya memegang dengan hujung jarinya.
Namun beliau hilang cengkaman, jatuh ke tanah dengan lantunan yang mengerikan…
Menurut laporan Mirror, pegawai tempatan Urmia berkata mereka mendapat mangsa pertama telah maut pada lokasi.
Rakan sekerjanya berjata dibawa ke hospital tetapi kemudian disahkan meninggal dunia akibat kecederaannya.
Baqer Bahrami, jurucakap Pusat Pengurusan Perubatan Kecemasan Azerbaijan Barat, mengesahkan perkara itu.
“Dua pekerja binaan yang bekerja di tempat yang tinggi telah kehilangan nyawa selepas terjatuh ketika ribut teruk,” katanya kepada media tempatan.
“Selepas perkhidmatan kecemasan tiba di tempat kejadian, mereka terserempak mayat salah seorang pekerja yang tidak bernyawa dan orang kedua telah diselamatkan selepas usaha paramedik.
“Dia telah dipindahkan ke pusat perubatan, tetapi meninggal dunia di hospital,” katanya.