Lelaki Maut Selepas Ditikam Dalam Pergaduhan di Sulaman Sentral

Lelaki Maut Selepas Ditikam Dalam Pergaduhan di Sulaman Sentral

0
SHARE

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an dibawa abangnya ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas selepas ditikam di dada dalam satu pergaduhan di Sulaman Sentral, Manggatal, awal pagi tadi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital itu kira-kira jam 6 pagi.

Pergaduhan itu berlaku sekitar jam 4.30 pagi di tingkat satu sebuah bangunan. Suspek dipercayai mengenali mangsa dan melarikan diri sejurus selepas kejadian.

Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut memeriksa tempat kejadian dan mengumpul bahan bukti.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman, mengesahkan kejadian itu dan berkata polis masih giat mengesan suspek.