KUALA LUMPUR – Pembayaran bagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 yang dijadualkan pada 20 April 2022 akan dikreditkan awal secara berperingkat bermula hari esok (18 April).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemohon yang membuat permohonan pengeluaran pada awal April lalu boleh mula menyemak akaun bank mulai esok.
“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini…
