PRN Sarawak: GPS Mempunyai Hala Tuju Jelas Dalam Membawa Sarawak Lebih Cemerlang

PRN Sarawak: GPS Mempunyai Hala Tuju Jelas Dalam Membawa Sarawak Lebih Cemerlang

0
SHARE

BUKIT BEGUNAN, SARAWAK – Gabungan Parti Sarawak (GPS) memerlukan mandat daripada rakyat untuk meneruskan pelaksanaan dasar dan agenda pembangunan negeri ini, sesuai dengan matlamat Sarawak maju menjelang tahun 2030.

Ini kerana GPS mempunyai hala tuju yang jelas dan tersusun dalam membawa Sarawak serta rakyat ke arah lebih cemerlang, demikian menurut enyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang yang dipetik Sarawak Voice.

Jelasnya dalam satu perjumpaan di Rh Winston Mupit,Sg Besai Asal pada Selasa, rakyat harus bersikap matang dalam memilih pemimpin demi membangunkan kawasan khususnya di Bukit Begunan di samping mengekalkan kesejahteraan yang dikecapi Sarawak hingga ke hari ini.

Oleh itu, beliau menyeru semua penduduk yang layak agar turun mengundi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) pada 18 Disember ini bagi mengekalkan pentadbiran GPS dalam menjaga kebajikan termasuk pembangunan di DUN tersebut.