Anwar Hadir Himpunan Perdana Rakyat Keadilan Sabah Ogos Ini

Anwar Hadir Himpunan Perdana Rakyat Keadilan Sabah Ogos Ini

0
SHARE
Mustapha
Mustapha semasa sidang media ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangkakan menghadiri Himpunan Perdana Rakyat Keadilan Sabah pada 4 Ogos ini.

Pengerusi Majlis Pemimpin Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata Perdana Menteri yang juga Presiden PKR akan hadir ke himpunan yang menyasarkan kehadiran 10,000 orang di Sabah International Convention Centre (SICC) nanti.

“PKR Sabah dengan sukacitanya mengumumkan dan menjemput semua anggota, penyokong, serta orang ramai untuk menghadiri sebuah acara penting yang julung kali diadakan iaitu Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah.

“Acara ini adalah peluang untuk kita semua bersatu, menunjukkan solidariti, dan memperbaharui komitmen kita terhadap kemajuan dan pembangunan negara yang kita cintai.

“Intipati-intipati yang dimuatkan sebagai pengisian dalam Himpunan Perdana ini antaranya adalah berkait dengan isu-isu infra rakyat, kemiskinan, isu pengangguran belia, purata pencapaian STEM dalam kalangan pelajar Sabah yang rendah dan hal-hal berkaitan tentang MA63,” katanya ketika ditemui di Sidang Media di salah sebuah hotel di sini, pada Isnin.