Rubin Tidak Perlu Tegakkan Benang Yang Basah – Bung

Rubin Tidak Perlu Tegakkan Benang Yang Basah – Bung

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Datuk Rubin Balang tidak perlu “menegakan benang yang basah” bagi menafikan pembabitan beliau membantu berkempan calon Bebas untk Parlimen Tenom Riduan Rubin yang juga merupakan anak beliau sendiri.

Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, dari mula proses penamaan calon, Rubin turut kelihatan mengiringi calon Bebas Riduan ke pusat penamaan calon dan selepas beberapa hari beliau kelihatan turut bersama calon Bebas Riduan menyerahkan borang kemasukan Riduan ke dalam Parti Kesejahteraan Demokrayik Masyarakat (PKDM) di hadapan presidennya Datuk Peter Anthony.

“Matlamat kemasukan calon Bebas Riduan bersama KDM sudah tentu ingin menarik penyokong (PKDM) untuk calon bebas bagi mengekang kemaraan calon Bariasan Nasional Tenom Jamawi Jaafar,” jelas Bung sebagai mengulas kenyataan media Rubin yang tidak berpuas hati dengan gesaan beliau agar Rubin diambil tindakan termasuklah dipecat dari pengerusi syarikat berkaitan kerajaan.

Menurut Bung, gesaan beliau berfakta walaupun Rubin cuba berdolak dalik tentang kewujudkan beliau bersama calon Bebas dalam beberapa siri program politik.

Bung berkata keputusan telah dipersetujui bersama antara BN dan GRS yang mana kerusi parlimen Tenom diberikan kepada wakil dari BN dan Rubin mengetahuinya kerana beliau merupakan anggota GRS.

“Perbuatan Rubin sering bersama calon Bebas sudah tentu menimbulkan presepsi negetif kepada penyokong GRS dan BN apalagi calon merupakan anak sendiri…

“Tindakan beliau bukan sahaja memungkiri perjanjian termaterai antara BN dan GRS malah turut tidak menghormati nasihat Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Hajiji Noor supaya semua pemimpin memberikan sokongan kepada calon calon BN dan GRS yang bertanding pada PRU kali ini,” katanya.

Bung menambah walaupun Rubin mengakui beliau merupakan calon Bebas pada PRN tahun 2020 dan dipelawa membentuk kerajaan namun beliau mengakui mesra GRS yang sepatutnya patuh kepada perjanjian yang dipersetujui dan nasihat Hajiji selaku pengerusi GRS.

Sehubungan dengan itu Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lamag meminta pengundi di Parlimen Tenom agar menolak calon bebas dan pemimpin yang besikap talam dua muka.

“Tidak ada untungnya kita menyokong calon bebas dan jika pun ditakdirkan menang mereka tidak dapat membentuk kerajaan dan mempunyai hala tuju yang jelas selain calon yang disokong keluarga sendiri demi menjaga kepentingan politik peribadi yang kesan kerugiannya bakal diterima oleh rakyat,” jelasnya.