KUDAT, SABAH – Sebanyak 15 buah kediaman atas air di Tanjung Kapur sini roboh ditiup angin kencang pada jam 7.41 pagi tadi.
Tiada kecederaan mahupun kehilangan nyawa dilaporkan penghuni struktur jenis tidak kekal ekoran kejadian fenomena alam itu.
Menurut sumber Pusat Gerakan Operasi Bomba, sepasukan 10 yang berada di lokasi hanya bertindak menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain.





