Rumah Setinggan Kampung Puyut Terbakar

Rumah Setinggan Kampung Puyut Terbakar

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Lebih 10 buah rumah setinggan di Kg Puyut sini dianggarkan musnah dijilat api yang berjaya dikawal pada 5.41 pagi tadi.

Panggilan kecemasan berhubung kes diterima pihak Bomba pada jam 4.34 pagi.

“Seramai 20 anggota dan pegawai Bomba pelbagai pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dan Pasukan Bomba Sukarela Silam bertindak ke lokasi…

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan maklumat semasa akan dikemas kini dari masa ke semasa,” lapor seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Operasi pemadaman turut dibantu oleh pihak Polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.