Kerajaan Desa Perlu Diiktiraf – Salleh

Kerajaan Desa Perlu Diiktiraf – Salleh

0
SHARE

KOTA KINABALU: Tindakan Tamparuli mengadakan pilihan raya kampung serentak melibatkan 94 kampung dilihat sebagai langkah penting memperkukuh tadbir urus akar umbi di Sabah.

Mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, usaha itu mencerminkan keperluan pentadbiran kampung yang lebih tersusun, inklusif dan bertanggungjawab, selari dengan konsep “Kerajaan Desa” yang dicadangkannya.

Menurutnya, Malaysia kini hanya mempunyai tiga peringkat kerajaan, menyebabkan banyak isu komuniti terlepas pandang kerana jurang keputusan yang jauh.

Beliau mencadangkan Kerajaan Desa diiktiraf sebagai peringkat keempat dengan kuasa jelas serta disokong Enakmen khusus di peringkat negeri.

Katanya, pelaksanaan pilihan raya kampung akan memberi mandat lebih kukuh kepada pemimpin serta meningkatkan akauntabiliti kepada penduduk.

Salleh menegaskan pengalaman Tamparuli membuktikan sistem itu praktikal dan mampu memperkukuh penyertaan masyarakat serta kematangan demokrasi di peringkat kampung.