KOTA KINABALU, SABAH – Presiden United Sabah National Organization (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia yakin mampu membawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melangkah lebih jauh dengan penyertaan parti tersebut.
Bekas speaker Dewan Rakyat itu berkata hal politik bukanlah sesuatu yang baru kepadanya setelah melihat pertukaran 10 Ketua Menteri Sabah dan 3 Perdana Menteri Malaysia sepanjang kerjayanya.
“Saya mahu (USNO) menyertai GRS atas kepercayaan kebolehan diri menyumbang kepada gabungan itu.
“Telah tiba masanya pemimpin negeri ini berfikir tentang hal-hal berkait dengan negeri Sabah dan bukan kepentingan diri masing-masing.
“Apa pun dari segi politik atau sebaliknya, Sabah harus bermula sekarang atau tewas dalam perlumbaan pembangunan antara negara-negara jiran,” dia berkata.
Pandikar yang kini Envoi Khasi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC) berkata lantikannya pada awal tahun ini diamanahkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sendiri.
“Hajiji kata dalam 27 tahun BEBC bergiat aktif tiada perkembangan yang boleh dilihat dan dia (Hajiji) tidak perlu memberitahu saya kenapa…
“Jika dibandingkan hierarki pengurusan BEBC Sabah dan Sarawak, ianya jelas bahawa negeri jiran kita lebih menitik beratkan Majlis Perniagaan mereka.”
Menurut beliau, ini disebabkan BEBC Sabah terlebih dahulu harus melalui Timbalan Setiausaha Negeri manakala di Sarawak ianya melalui terus kepada Setiausaha Negeri mereka.
“Jadi tugas saya sekarang adalah untuk mengenal pasti halangan-halangan dan mempercepatkan proses interaksi dengan Jabatan Ketua Menteri…
“Rancangan saya sebagai Envoi Khas adalah memenuhi janji dipegang diantara ASEAN Timur.
“Ini memerlukan hubungan diplomatik kuat dengan kerajaan persekutuan dan keraihan sokongan mereka,” dia berkata kepada media.
Dalam pada itu Pandikar juga memuji sifat terbuka Hajiji yang membawa kepada tata kerja lebih efisyen.
Beliau berkata sedemikian selepas menghadiri kunjungan hormat dari delegasi BEBC mewakili enam daerah utama Sabah di pejabat rasmi beliau hari ini.
Antara isu yang dibentang adalah sebuah jeti di Kudat yang sepatutnya merantaikan negeri ini dan kepulauan Palawan, Filipina namun langsung tidak diguna pakai.
Beliau memperinci bahawa kos pembinaan jeti tersebut berjumlah RM 7 juta yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan yang lalu.