KERAJAAN NEGERI BERI BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 2021 BERJUMLAH RM500 BUAT SEMUA...

KERAJAAN NEGERI BERI BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 2021 BERJUMLAH RM500 BUAT SEMUA PENJAWAT AWAM SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 berjumlah RM500 kepada penjawat awam di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan khas itu diberikan kepada semua penjawat awam negeri Gred 54 dan ke bawah.

Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor…

Turut menerima bantuan khas itu ialah pihak berkuasa berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri.

“Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 7 Mei 2021…

“Pemberian ini adalah bagi menghargai khidmat bakti dan pengorbanan semua penjawat awam negeri melaksanakan tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutama ketika menghadapi pandemik COVID-19 di Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini, Jumaat.

Semalam, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Kepada pesara kerajaan pula, bantuan RM250 akan disalurkan.