ADUN Sebatik, Hassan Sah Sertai BERSATU

ADUN Sebatik, Hassan Sah Sertai BERSATU

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Segala persoalan terjawab mengenai hala tuju politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir yang mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah (WARISAN) untuk menjadi wakil rakyat bebas pada Februari lalu terjawab selepas beliau sah menyertai Parti BERSATU.

Keahlian beliau diiktiraf selepas menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu malam tadi sempena Sambutan Ulang Tahun Kedua BERSATU Sabah, di sini.

Hassan menyerahkan borang keahlian menyertai BERSATU kepada Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Hajiji kemudian menyerahkan borang berkenaan kepada Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sambil disaksikan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas menyempurkan majlis malam tadi.

Majlis Sambutan Ulang Tahun BERSATU Sabah Ke-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) malam tadi…

Terdahulu pada 25 Februari, Hassan mengumumkan menjadi ADUN Bebas yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di peringkat negeri dan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat nasional.

Hassan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September lalu atas tiket WARISAN.

Hassan A Gani PG Amir…

Menurut sumber, tindakan beliau meninggalkan WARISAN disebabkan kecewa dengan sikap pemimpinnya yang terlalu banyak berpolitik ketika rakyat berdepan kesusahan disebabkan pandemik COVID-19.