Lori Tangki Bawa 27,000 Liter Minyak Terbakar di KKIP

Lori Tangki Bawa 27,000 Liter Minyak Terbakar di KKIP

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sebuah lori tangki membawa muatan 27,000 liter diesel dan petrol terbakar sebanyak 30 peratus dalam kejadian lewat malam di Jalan Bertingkat Sulaman, berhampiran Taman Indah Permai semalam.

Kejadian yang berpotensi mencetuskan bencana besar itu dilaporkan pada jam 11.31 malam dan dikawal sepenuhnya sekitar jam 12.06 pagi. Operasi tamat pada jam 3.40 pagi.

Seramai 30 anggota dari BBP Kota Kinabalu dan BBP Lintas terlibat dalam usaha pemadaman yang menggunakan dua aliran hose, water tanker, dan empat gelen buih (foam).

Kamera imej terma turut digunakan bagi memastikan suhu tangki menurun sepenuhnya sebelum baki minyak dipindahkan ke lori lain oleh pihak syarikat.

Tiada mangsa dilaporkan cedera.

Operasi dipantau rapi dari pegawai kanan dan penyiasat Jabatan Bomba Dan Penyelamat serta polis dan wakil syarikat Kotamas Oil.