12 Rumah Kampung Jawa Tawau Diratakan Api

12 Rumah Kampung Jawa Tawau Diratakan Api

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Sebanyak 12 buah rumah jenis tidak kekal berkeluasan satu hektar di Jalan Guru, Kampung Jawa sini musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menanggarkan keluasan 25×30 kaki untuk setiap rumah.

“Operasi dilaporkan terkawal pada jam 1:56 tengah hari dan operasi pemadaman bara api masih dijalankan,” katanya dalam laporan 2:20 petang tadi.

Seramai 20 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tawau dibantu Bomba Komuniti Kampung Titingan diketuai PPGB Rastam Keladi berada di lokasi.

Beberapa anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia, SESB dan Jabatan Air turut berada di lokasi.