Bapa Pengantin Punca Kepada Kluster Sawit Baiduri Di Lahad Datu

Bapa Pengantin Punca Kepada Kluster Sawit Baiduri Di Lahad Datu

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kluster Sawit Baiduri yang dikesan di daerah Lahad Datu kelmarin melibatkan komuniti Felda Sahabat dipercayai berpunca dari bapa pengantin.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kes indeks merupakan seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 47 tahun.

“Beliau disahkan positif COVID-19 pada 11 Ogos di Klinik Kesihatan Tungku selepas bergejala sehari sebelumnya. Turut didapati positif ialah anak kepada kes indeks…

“Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap 178 orang terdiri daripada ahli keluarga dan kontak rapat kemudiannya mengesan 77 kes positif.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan namun siasatan awal mendapati terdapat majlis perkahwinan pada 6 Ogos 2021 yang disyaki menjadi punca penyebaran wabak,” katanya.

Datuk Masidi Manjun…

Semua kes positif telah dirujuk ke Hospital bagi tujuan rawatan lanjut dan pengasingan manakala kontak rapat diarahkan untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin PPR Sri Sepagaya.

Sembilan (9) lokaliti turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 19 Ogos sehingga 1 September.

“Ini termasuk dua (2) lokaliti di Kota Belud, iaitu Kampung Kuala Abai dan Kampung Payas-payas, dua (2) lokaliti di Penampang, iaitu Beverly Hills Fasa 3 dan Regency Park, dua (2) lokaliti di Sipitang, iaitu Kampung Iburu dan Kampung Meligan…

“Taman Ria Height di Tawau, Kompleks Baiduri Ayu, FELDA Sahabat 9 di Lahad Datu, dan Perumahan Pekerja Ladang Moynod 1 di Beluran,” jelasnya.