Malaysia Sedang Saksikan ‘Pertarungan Nombor’ Dalam Pemilihan PM Baharu – Dr Salleh

Malaysia Sedang Saksikan ‘Pertarungan Nombor’ Dalam Pemilihan PM Baharu – Dr Salleh

0
SHARE
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

KOTA KINABALU, SABAH – Sekali lagi negara ini melihat proses pemilihan Perdana Menteri berdasarkan naungan parti calon tersebut.

Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ini bermakna sekarang Malaysia sedang menyaksikan “pertarungan nombor”.

“Dan kebarangkalian besar kemunculan si pemenang hanyalah dengan majoriti yang tipis,” katanya dalam halaman Facebook beliau hari ini.

“Apa-apa pun rakyat mengharapkan sebuah kerajaan yang baharu dan bukannya solusi politik semata-mata,” kata bekas Ketua Menteri Sabah itu.

Beliau mengingatkan rakyat untuk terus bersabar terutamanya dalam pandemik ini dan sama-sama menunggu pengumumuman keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong.