KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya menegaskan bahawa beliau masih ahli UMNO meskipun tidak menyokong tindakan UMNO Sabah dalam cubaan mengguling kerajaan negeri baru-baru ini.
“Apa yang saya boleh komen setakat ini, saya masih ahli UMNO” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat di loji rawatan air Moyog di Penampang, semalam.
Beliau berkata belum menerima apa-apa surat dari Majlis Tertinggi UMNO, setakat ini
Perkara ini selepas kelulusan usul pindaan perlembagaan parti dalam mengugurkan keahlian mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Parimen yang menyertai sebarang pakatan politik tanpa kehadiran Umno semasa Perhimpunan Agung Umno 2022 pada Jumaat lalu.
ADUN Sugut, Datuk James Ratib yang turut menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berpendirian sama iaitu menepikan politik dalaman demi terus berkhidmat kepada rakyat.
Memetik sumber Sinar Harian, beliau mengulangi ayat Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin: “game still on”.
“Yang penting kita masih berkhidmat kepada rakyat seperti biasa. Politik ialah politik, rakyat ialah rakyat dan kita akan jalankan tugas kita sebagai wakil rakyat dan juga menteri untuk bangunkan rakyat Sabah yang masih jauh ketinggalan.
“Apa saja tindakan yang mereka bagi kepada kami terutama yang lima orang ini, kami terima seadanya.
“Itu saja tetapi saya fikir rakyat di atas boleh menilai mana yang baik, mana yang buruk dan rakyat sendiri juga akan menilai, Insya-ALLAH, pilihan raya akan datang.
“Kalau kita dibuang dari UMNO pun kita terima, yang penting kita bersama-sama dengan rakyat untuk memajukan Sabah,” katanya.





