KM Hajiji Terima Kunjungan MAJAPS Hari Ini

KM Hajiji Terima Kunjungan MAJAPS Hari Ini

0
SHARE
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (tengah kanan) menerima cenderamata lukisan burung merak daripada Clarence di pejabat Ketua Menteri itu, hari ini...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Majlis Jaksa-Jaksa Pendamai Sabah (MAJAPS) diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu, hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden, Datuk Lawrence Thien, Setiausaha Kehormat ( Honorary Secretary ), Datuk Gordon Leong, Bendahari, Datuk Salsidu Hj. Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa (MAJAPS), Datuk Mariati Robert.