KOTA KINABALU, SABAH – Duta Itali ke Malaysia, His Excellency Massimo Rustico telah memberikan kunjungan hormat kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip di bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) semalam.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk mewujudkan kerjasama strategik disamping meneroka platform baharu yang berpotensi memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi Bandaraya Kota Kinabalu.
Massimo yang berada di Kota Kinabalu sempena menghadiri Sabah International Business and Economic Summit 2022 (SIBES) tersebut turut diiringi Atase Komersil, Gerardo De Maio dan Genarro Nardone.
Turut hadir, Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie bersama Timbalan Timbalan dari Sektor Pengurusan Kewangan, Perancangan dan Pembangunan, Khidmat Pengurusan serta Operasi.