Susu Badan Ibu Positif COVID-19 Bertukar Warna Kehijauan

Susu Badan Ibu Positif COVID-19 Bertukar Warna Kehijauan

0
SHARE

CANBERRA, AUSTRALIA – Seorang ibu yang dijangkiti COVID-19 di Australia terkejut apabila mendapati susu badannya bertukar warna kehijauan.

Menurut laporan Daily Mail, wanita itu berkongsi dua keping gambar menunjukkan warna susu badannya sebelum dan selepas dijangkiti COVID-19.

Oleh kerana perubahan dalam warna susu badannya dan berasa tidak sedap hati, dia mengambil keputusan untuk membuat ujian saringan dan kemudian disahkan positif.

“Perubahan warna susu menunjukkan bahawa badan saya dengan pantas menghasilkan antibodi terbaik buat Rubi (bayinya yang menyusu badan)…

“Semuanya lengkap dalam susu badan terutama antibodi, lemak tambahan dan semua kebaikan tulen,” tulisnya pada keterangan gambar itu.

Sementara itu, ibu yang dijangkiti COVID-19 dinasihatkan pakar-pakar kesihatan agar tidak perlu berasa takut untuk terus menyusukan anak mereka dengan mengikut protokol kesihatan ketat.

Menurut mereka, virus COVID-19 mudah disebarkan antara manusia tetapi tidak ditemui dalam susu ibu.

Golongan ibu turut diseru untuk mendapatkan nasihat khusus daripada bidan atau doktor untuk situasi ini demi membuat pilihan terbaik untuk diri sendiri.