KUALA LUMPUR – Jenama Brïk yang diasaskan oleh pasangan adik beradik iaitu Amirrul dan Nashrul serta Brina dan Kira meraikan ulang tahun pertama perniagaan mereka melancarkan 21 produk beg baharu
Produk beg dengan pelbagai reka bentuk yang diilhamkan Brïk mempunyai signatur tersendiri — warna warni ‘menjerit’ Chroma yang sentiasa memikat dan elegan kini akan menjadi lebih meriah apabila empat beradik ini siap memperkenalkan serta menambah kemeriahan ‘keluarga’ ini.
Bersempena dengan ulang tahun pertama, Brïk memperkenalkan 21 produk beg baru kepelbagaian warna dan reka bentuk yang dilahirkan khas buat semua pencinta mereka dan penggemar fesyen khususnya beg.
“Ogos adalah bulan yang sangat istimewa, signifikan dan tidak akan pernah dilupakan oleh kami apabila sebuah mimpi yang kami cantum akhir menjadi realiti dan semakin berkembang.
“Brïk kami ilhamkan bersama dan mengenang atau melihat semula ke belakang atau tempoh satu tahun usianya, memang tidak semua manis tapi harus kami banggakan kerana tidak pernah mengalah.
“Atas rasa terima masih kerana apreasiasi yang luar biasa ditunjukkan oleh penggemar kami, Brïk menjemput anda semua meraikan ulang tahun pertama kami di Rooftop, Level 4 Avenue K Shopping Mall.
“Paling istimewa pada majlis dua hari yang berlangsung 17 dan 18 Ogos 2024 ini adalah pelancaran 21 produk beg baru kepelbagaian warna dan reka bentuk dari kami yang akan membuat anda pulang dengan poket kosong.”ujar Nashrul.
Brïk berharap dengan 21 keluaran terbaru ini akan menjadi pelengkap gaya yang paling berbaloi kerana boleh digunakan dalam pelbagai majlis melalui ‘sistem’ suai padan.