Bapa Meninggal Dunia, Dua Anak Parah Dalam Kemalangan Lahad Datu

Bapa Meninggal Dunia, Dua Anak Parah Dalam Kemalangan Lahad Datu

0
SHARE

LAHAD DATU: Seorang bapa meninggal dunia manakala dua orang anaknya cedera parah selepas kenderaan Proton Saga BLM dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Dewata, Jalan Lahad Datu – Tawau semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 10 malam.

Menurutnya, tiga mangsa tersepit di dalam kenderaan di tepi jalan terbabit berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum kehadiran sepasukan 9 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu.

Mangsa meninggal dunia dikenal pasti sebagai Rey Davila, 54, dan dua orang anaknya, Reymar Davila, 20, dan Rendell Ray Davila, 27.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dilokasi disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak Polis bagi tindakan lanjut.

“Pasukan Bomba bertindak membawa seorang mangsa ke Hospital Lahad Datu dengan menggunakan jentera EMRS Bomba dan seorang lagi mangsa dibawa menggunakan jentera ambulans.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya wujud, operasi ditamatkan pada jam 11.20 malam,” kata seorang jurucakap agensi.