Kapal Selam KRI Nanggala-402 Hilang Di Perairan Bali

Kapal Selam KRI Nanggala-402 Hilang Di Perairan Bali

0
SHARE

INDONESIA – Kapal selam milik Angkatan Laut, Tentera Nasional Indonesia (TNI), KRI Nanggala-402 hilang selepas dilaporkan terputus hubungan di Perairan Utara, Bali.

Kapal selam buatan Jerman tahun 1979 itu dilaporkan hilang kontak pada Rabu (21 April), sekitar jam 3 pagi waktu tempatan yang mana berkemungkinan terkandas di lokasi jurang di kedalaman 700 meter.

Panglima TNI, Marsekal TNI Hadi Tjahjanto yang dipetik Indoposonline.net mengesahkan sendiri kehilangan itu dan berkata bahawa pihak mereka masih mencari kapal selam itu di sekitar perairan Bali iaitu 60 batu (laut) dari Bali.

Memetik laporan portal berita Kompas, Indonesia turut meminta bantuan dari DUA negara jiran iaitu Singapura dan Australia dalam misi pencarian kapal selam tersebut yang mana diharapkan dapat menyokong usaha pengesanan menggunakan kapal penyelamat kapal selam.

“Kita selama ini ada menjalin kerjasama dengan Singapura dan Australia dalam hal pencarian dan perkara yang berkaitan dengan kemalangan sewaktu latihan. Kita sudah berkomunikasi,” ujar Hadi.

Panglima TNI, Marsekal TNI Hadi Tjahjanto…

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Informasi Angkatan Laut Indonesia, Laksamana Pertama Julius Widjojono juga turut mengesahkan bahawa KRI Nanggala-402 telah hilang akibat daripada terputusnya hubungan di peraian bali itu.

“Masih dalam proses pencarian,” katanya ringkas kepada ketika dihubungi pemberita.

Menurut sumber, KRI Nanggala-402 akan menjadi satu aset latihan tembakan torpedo yang mana akan disaksikan sendiri oleh Panglima TNI itu dan Panglima Tentera Laut Indonesia, Laksamana Yudho Margono pada pagi ini (Khamis).

Sebaliknya, Hadi akan ke lokasi untuk menyertai misi mencari dan menyelamat kehilangan kapal selam tersebut.

Untuk rekod, KRI Nanggala-402 berasal dari Jenis 209/1300 yang dibuat oleh galangan kapal Howaldtswerke di Kiel, Jerman Barat, yang dipesan oleh Indonesia pada tahun 1977, dan mulai beroperasi aktif pada tahun 1981.

KRI Nanggala-402 yang mempunya kembar iaitu KRI Cakra-401 mempunyai sistem pendorong yang berdasarkan pada motor elektrik diesel rendah Siemens. Kekuatan daya tuju adalah 5,000 shp (daya kuda poros), sementara bateri elektrik pada kapal selam itu seberat sekitar 25 peratus (25%) daripada berat kasar kapal elektrik yang menyimpan kapal. Juga, terdapat empat enjin diesel MTU supercharged yang bertanggungjawab untuk membekalkan tenaga elektrik kapal.