Amaran Cuaca Buruk Bagi Beberapa Negeri Di Semenanjung

Amaran Cuaca Buruk Bagi Beberapa Negeri Di Semenanjung

0
SHARE

PETALING JAYA – Amaran hujan lebat dan angin di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata, sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan dijangka melanda sempadan negeri Pahang dan Terengganu petang ini.

Cuaca tersebut seterusnya akan bergerak ke barat laut merentasi Semenanjung Malaysia.

“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan dan angin kencang di kebanykan kawasan di Semenanjung dalam tempoh sehingga 26 Februari ini.

“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Buruk dan Waspada) untuk negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka berkuat kuasa sehingga 26 Februari.” kata MetMalaysia.

Sementara itu, orang awam di kawasan terlibat juga dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

“Maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi. 

“Orang awam juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.