Hakim M Gunalan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan AF Jets bagi mendapatkan penghakiman ingkar terhadap pemain gitar Noordin Mohd Taib, 55, pemain gitar utama Hamzah Mohd Taib atau Kid, 50, dan pemain gitar bass Nasir Daud, 58.
Ia berikutan ketiga-tiga mereka gagal memfailkan pembelaan terhadap tuntutan syarikat itu.
Melalui prosiding, AF Jets sebagai plaintif berjaya memperoleh ganti rugi khas berjumlah RM494,079.71, selain ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan ditaksirkan kemudian.
Peguam Adnan Seman ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya masih meneruskan saman terhadap vokalis Amy Search atau Suhaimi Abd Rahman, 59.
Plaintif memfailkan saman itu pada 14 Oktober tahun lalu, mendakwa mereka melanggar perjanjian persefahaman membabitkan kerjasama dalam penganjuran konsert itu.





