Misteri Mayat Bayi Dalam Peti Ais Terbongkar

Misteri Mayat Bayi Dalam Peti Ais Terbongkar

0
SHARE

INDONESIA – Misteri seorang ibu yang sanggup membunuh dan meletakkan mayat bayi dalam peti ais hingga beku akhirnya terbongkar. Ini selepas pihak polis Metro Tarakan Borneo Kalimantan menjalankan siasatan, suspek iaitu Hozza Fiarez Sally yang merupakan isteri ke-4 dan berkahwin dengan suaminya secara rahsia.

Menurut suspek dalam pengakuan hari ini, motif dia membunuh anaknya itu kerana tertekan dengan sikap suami yang tidak mahu mengurus surat kelahiran anak pertama mereka yang sudah berusia 3 tahun.

“Saya sudah pernah cakap dengan suami untuk mengurus surat kelahiran anak, kelak dia dapat bersekolah, status saya sebagai isteri juga tidak dipermasalahkan apabila ada surat berkenan,” katanya.

Suami yang seolah-olah tidak ambil peduli membuatkan Hozza menyembunyikan kandungannya dan mengalami tekanan perasaan.

“Dengan status isteri yang di nikahi secara rahsia, ditambah lagi dengan status anak yang tidak di akui pemerintah membuatkan suspek mengambil jalan mudah membunuh anak yang baru dilahirkannya,” kata Fanny iaitu polis yang menyiasat kes tersebut.

Sementara dari hasil siasatan dari keluarga suspek, suspek dikenali sebagai seorang yang pendiam serta suka memendam masalah sendiri.

Seperti di beritakan sebelumnya suspek melahirkan bayi pada 28 Mei 2017 lalu dan menyimpan mayat bayinya dalam peti sejuk hingga beku sebelum ditemukan oleh salah seorang pekerja suaminya.