Iran Gesa Negara Islam Henti Perdagangan Dengan Israel

Iran Gesa Negara Islam Henti Perdagangan Dengan Israel

0
SHARE
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei...

TEHRAN – Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam satu kenyataan semalam menggesa negara-negara Islam menghentikan perdagangan dengan Israel, termasuk eksport minyak, sebagai tindak balas kepada pengeboman Gaza sejak serangan balas terhadap Hamas.

Memetik laporan AFP, Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak Hamas menyerbu sempadan pada 7 Oktober lalu dan membunuh lebih 1,400 orang dengan kebanyakannya orang awam, menurut pegawai Israel.

Siri pengeboman balas Israel itu membunuh lebih 8,500 orang, iaitu dua pertiga daripadanya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas.

“Kerajaan Islam mesti berkeras untuk menamatkan jenayah dengan segera.

“Negara-negara Islam tidak seharusnya bekerjasama dari segi ekonomi dengan rejim Zionis (Israel),” katanya ,” katanya pada perhimpunan pelajar sambil beliau menggesa ‘sekatan eksport minyak dan makanan’.

Dalam pada itu, Khamenei mengecam kerajaan Barat yang ‘menyokong Israel menentang Palestin’ dengan menamakan Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS).