Kini Rumah Pemain Pertahanan Selangor FC Pula Dipecah Masuk

Kini Rumah Pemain Pertahanan Selangor FC Pula Dipecah Masuk

0
SHARE

SHAH ALAM: Rumah atau kediaman pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee didkawa telah dipecah masuk ketika beliau keluar menjalani latihan di Pusat Latihan Selangor, semalam.

Menurut laporan polis yang dikongsikan Khuzaimi menerusi Instagramnya, beliau kehilangan sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport. 

Khuzaimi membuat laporan polis tersebut pada jam 11.30 malam selepas pulang daripada sesi latihan berkenaan.

“Pada jam lebih kurang 9 malam semasa saya sampai di rumah, saya dapati pintu pagar depan dan belakang telah terbuka.

“Saya buat pemeriksaan dalam rumah dapati ada barang-barang yang telah hilang seperti sebuah motosikal jenis Yamaha Y15, empat beg silang pelbagai jenama dan pasport.

“Hasil pemeriksaan awal anggaran dan lain-lain kerugian saya tidak pasti, tujuan saya membuat laporan adalah untuk tindakan lanjut daripada pihak polis serta pihak yang berkenaan,” menurut laporan polis yang dibuat beliau malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.