
KOTA KINABALU, SABAH – Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag menerima kunjungan hormat Ahli Jawatankuasa Induk Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024 di kediaman rasmi Ketua Menteri-Sri Gaya pada Khamis.
Kunjungan yang diketuai oleh pengerusi jawatankuasa itu, Joanna Kitingan bertujuan memberi taklimat kepada Juliah, program Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 29 dan 31 Mei ini.
Juliah berkata, beliau sentiasa memberikan sokongan kepada jawatankuasa induk itu dalam menjayakan program pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan.
Beliau berharap Jawatankuasa Induk Unduk Ngadau akan terus menambah baik pengisian dan program pertandingan itu.
Hadir sama Unduk Ngadau 2023, Carole Abby Gail Grimaldi.